AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

BINGKISAN BEKAM DI TAHUN BARU

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam, atau biji-biji jintan hitam atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak suka berubat dengan sengatan api" ( HR. Ibnu Jarir dan Hakim. Hakid mensahihkannya IV/209 )

Photo: Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam, atau biji-biji jintan hitam atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak suka berubat dengan sengatan api" ( HR. Ibnu Jarir dan Hakim. Hakid mensahihkannya IV/209 )

Photo: Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam, atau biji-biji jintan hitam atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak suka berubat dengan sengatan api" ( HR. Ibnu Jarir dan Hakim. Hakid mensahihkannya IV/209 )

Photo: Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam, atau biji-biji jintan hitam atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak suka berubat dengan sengatan api" ( HR. Ibnu Jarir dan Hakim. Hakid mensahihkannya IV/209 )
Posted on 8:21 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SEBAHAGIAN AYAT-AYAT RUQYAH SYAR'IYYAH

Berikut adalah senarai sebahagian ayat-ayat ruqyah syar'iyyah yang digunakan oleh perawat untuk merawat pesakit:

Ayat-ayat asas Ruqyah Syar'iyyah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq

Ayat-ayat Pembakar

1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22

Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44
Posted on 4:16 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERUBATLAH DENGAN AL-QURAN



Segala puji bagi Allah Rabbul Jalil, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dikirim dan dititipkan buat Insan Teragung, Rasulullah s.a.w, junjungan alam Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Karangan yang tidak seberapa ini adalah untuk mengajak sekalian umat untuk berfikir sejenak tentang mukjizat terbesar yakni Al-Quran Nur Karim yang diwahyukan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Perubatan Al-Quran dan terapi ayat-ayat suci Al-Quran sama ada ruqyah syar’iyyah, ayat-ayat syifa’ dan sebagainya  yang berkait dengan A-Quran adalah suatu yang berkait rapat dengan akidah. Ianya terangkum dalam salah satu rukun iman yakni kepercayaan dan kenyakinan kita kepada Al-Kitab, Al-Quran Nur Karim.

Firman Allah S.W.T :


Ertinya:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al-Isra’ : 82 )

Berdasarkan ayat di atas secara tidak langsung kita boleh memahami Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T secara berperingkat-peringkat itu ialah penyembuh dan rahmat yakni memberi kebaikkan kepada sesiapa sahaja yang beriman dengannya dan melaksanakan ajarannya.

Pembacaan atau pengunaan ayat-ayat tertentu dalam A-Quran untuk rawatan digunakan dengan membulatkan pergantungan kepada Allah S.W.T bahawa yang menyembuhkan adalah Allah Azza Wa Jalla.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah melafazkan bahawa “Siapa tidak dapat disembuh Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhkan oleh Allah.”

Merujuk kepada “Zaad Al-Ma’aad” susunan Ibnu Al-Qayyim, ‘Maka tiadalah suatu penyakit antara penyakit-penyakit hati (jiwa) dan penyakit-penyakit badan (fizikal) melainkan dia mendapatkan cara pengubatannya dalam Al-Quran, juga sebab atau punca penyakit dan cara memelihara daripadanya, iaitu bagi siapa yang dikurniakan Allah kefahaman dalam Kitab-Nya. Siapa yang tidak terubat dengan Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhi Allah dan siapa yang tidak berasa cukup (dengan perubatan) Al-Quran, maka tiadalah dia dicukupkan oleh Allah’.

Dalam erti kata lain, Al-Quran adalah merupakan awal dan kemuncak perubatan dan setiap insan yang mendakwa dirinya mukmin hendaklah mempercayai sepenuhnya kepada Al-Quran hinggalah kepada penyembuhan segala penyakit.
Posted on 12:44 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin