AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Mabruk Dato’ MD Yusof, Mufti Negeri Sembilan baru..

Alhamdulillah..setelah sekian lama menanti..terjawab juga teka-teki siapa yg bakal mngantikan Dato / Tuan Murtadza..

Penat betul menunggu…lama org nogori ni tak bermufti sejak 31 dis 08..

Mabruk buat Dato’ Md Yusof selaku Mufti NS yg baru..Moga Tuan dpt memikul tanggungjwab yg diamanahkan dan meneruskan ketegasan Tuan Murtadza dlm menjalankan tugas sbgi Mufti..

Ni sedikit petikan dr bernama..

SEREMBAN, 1 April (Bernama) — Datuk Mohd Yusof Ahmad dilantik sebagai Mufti baru Kerajaan Negeri Sembilan berkuatkuasa hari ini.

Mohd Yusof, 64, menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 31 Dis 2008.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan dalam satu kenyataan berkata pelantikan Mohd Yusof itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Mohd Yusof berkelulusan Master Perundangan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dan pentadbiran Islam dan pernah bertugas sebagai pengetua Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor.

Selepas bersara pada 2000, beliau meneruskan kegiatan dalam bidang dakwah Islamiah dan kemasyarakatan.

Mohd Yusof yang berasal dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol, mendirikan rumahtangga bersama Datin Pahariah Jamaludin dan dikurniakan enam orang anak.
Posted on 4:34 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin