Fatwa Mesir : Pemain Bola Boleh Tidak Berpuasa ??
Jabatan Tertinggi Agama Mesir telah mengeluarkan satu fatwa terkini bahawa pemain bolasepak Pasukan Kebangsaan Bolasepak Mesir dibenarkan untuk tidak berpuasa selama bulan Ramadhon bagi persediaan ke Perlawanan Internasional kata salah seorang pegawai pasukan berkenaan. Namun demikian kebanyakan pemain tidak bersetuju malah menolak fatwa tersebut.
Fatwa tersebut dikeluarkan menjelang Kejuaraan Bolasepak Dunia di Mesir pada 24 September 2009 nanti. Fatwa ini menyebabkan kemarahan beberapa NGO Islam di sana. Dar al-Ifta, salah satu badan yang mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa agama telah membenarkan para pemain membatalkan puasa mereka agar tidak ada gangguan selama sessi latihan berjalan bagi persediaan perlawanan dalam acara di bawah umur 20 tahun. Ini menurut jurucakap pasukan berkenaan Ala Abdel Aziz kepada AFP.
"Namun para pemain menolak fatwa tersebut. Mereka tetap meminta untuk tetap menjalankan ibadah puasa," katanya lagi.
Dar al-Ifta menjelaskan bahwa fatwa berkenaan dikeluarkan disebabkan pemain terikat dengan Kelab melalui kontrak yang telah dipersetujui dan wajib bagi mereka melaksanakan tugas tersebut walau pun dalam bulan Ramadhon. Maka ini perlu bagi mereka untuk berbuka sekiranya berdepan dengan pertandingan di Bulan Ramadhon. Ini dijelaskan lagi oleh pegawai dar al-ifta Ibrahim Nigm kepada AFP.
Fatwa yang sedia ada berbunyi "bagi mereka yang melakukan pekerjaan yang banyak mengeluarkan tenaga dan dapat menyebabkan tubuhnya menjadi lemah karena berpuasa, maka dapat membatalkan puasanya," kata Nigm lagi.
Hasil dari fatwa berkenaan barisan hadapan Ulama Al-Azhar mengeluarkan kenyataan di websites mereka menentang dan mencela fatwa berkenaan. Kata mereka ,”Bola hanyalah satu permainan bukannya satu urusan penting kehidupan sehingga sampai ketahap membolehkan membatalkan puasa Ramadhan.”
Penjelasan Sebenar Mufti Mesir
Penjelasan Sebenar Mufti Mesir
“Seorang pemain bola sepak, terikat dengan kontrak yang dimeterai antaranya dengan kelab atau pasukan tersebut maka ianya dikira seorang yang dibayar gaji diatas pekerjaan tersebut. Jika pemain telah mengikat kontrak ini hanya memperoleh sumber rezekinya daripada pekerjaan sebagai pemain bola sepak, maka jika terdapat perlawanan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan maka dibenarkan untuknya berbuka puasa untuk perlawanan tersebut jika mutu permainannya akan terjejas disebabkan berpuasa. Ini merupakan rukhsah kepada pemain tersebut kerana dia dianggap sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji dan perkerjaannya akan terjejas jika pemain tersebut tidak bertenaga. Ini seperti yang disebutkan oleh ulama Hanafiyah di dalam kitab-kitab mereka, seseorang yang dibayar gaji di dalam tempoh tertentu (kontrak) maka dibenarkan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika dia tidak mampu untuk berpuasa ketika melaksanakan kerjanya.(Maka pekerjaan kontrak sebegini termasuklah kepada pekerjaan sebagai pemain bola sepak).
Menurut al-Imam Ibn Abidin rahimahullah di dalam kitabnya “ Raddul Mukhtar a’la Durri al-Mukhtar” : "Di dalam permasalahan kerja kontrak, jika pekerja tersebut masih terdapat pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarganya (selain pekerjaan yang memerlukan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan) maka diharamkan kepada pekerja tersebut untuk berbuka puasa pada Bulan Ramadhan. Tetapi jika dia tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain pekerjaan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarganya, jika dengan disebabkan berpuasa tersebut menjejaskan mutu kerjanya maka dibenarkan untuknya berbuka..." .
Katanya lagi : "Kes Ini hanyalah untuk perlawanan yang terpaksa dibuat pada waktu siang yang menyebabkan seseorang pemain tersebut mungkin tidak berupaya. Manakala untuk latihan, perlulah kepada jurulatih untuk membuat latihan pada waktu malam kerana latihan malam itu tidak akan menjejaskan ibadah puasa itu sendiri. Jika pihak pengurusan sebenarnya mampu untuk melaksanakan latihan pada waktu malam tetapi tidak dilaksanakan maka berdosa hukumnya meninggalkan puasa...”-intaha
Ulasan Nashir:
Demikianlah yang berlaku apabila penjelasan sebenar tidak di ambil sepenuhnya oleh lidah akhbar. Selepas di ambil dan di edit, di masukkan ke dalam akhbar untuk tatapan dan bacaan masyarakat umum. Pada mulanya ana terkejut dan telah membuat tanggapan negatif tentang apa yang berlaku. Setelah di selidik dan di kaji, barulah diperoleh pencerahan dan itu semua salah faham sebenarnya.
Penulisan di dalam akhbar tersebut telah menyebabkan kekeliruan yang besar kepada seluruh masyarakat islam di seluruh dunia. Sila rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Sukan_Luar_negara&pg=sl_07.htm&arc=hive
Pertamanya penjelasan di dalam akhbar tersebut adalah merujuk kepada syarat sah berpuasa sedangkan fatwa yang di keluarkan itu adalah merujuk kepada rukhsah puasa. Ini sangat jauh berbeda dan boleh menyebabkan kekeliruan kepada pembaca. Hal berkaitan aurat pemain pula akan mengurangkan fadhilat puasa mereka dan berbeda pula dengan hal rukhsah tersebut. Wallahualam…Tetapi di sini ingin ana lanjutkan penjelasan tentang sukan bola itu sendiri. Umat Islam di dunia ini sudah cukup hanyut dan lalai kerana bola sepak, bergaduh, berjudi kerana bola, berbunuhan dan bermusuhan kerana bola, tinggal solat dan ibadah semua kerana bola. Bak kata mereka Tidur Bola, Makan Bola, Semua Bola. Mengapa Ulama’ tidak mahu mengulas panjang berkenaan hal tersebut?
Inilah yang berlaku bila mana umat islam telah lama bergelumang dengan hukum taghut dan najis-najis haram. Tidak salah bersukan, agama islam sendiri menganjurkan umatnya untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kekal cergas dan kuat, tetapi perlulah selaras dengan batas-batas syariat. Ana ambil sedikit contoh berkenaan aurat pemain yang sentiasa terdedah dalam sukan ini. Umat Islam yang tidak menutup aurat di khalayak ramai lebih dari 3 kali sudah jatuh fasiq dan haram baginya untuk menjadi wali/saksi sama ada saksi nikah@hudud (Sila rujuk kitab Sullamu Taufiq karangan Sheikh Nawawi Banten). Kenapa hal berkenaan aurat permain bola tidak mahu ditekankan. Adakah sudah cukup dengan penulisan untuk menangani masalah ini. Kenapa tidak para ulama’ menyeru pemimpin mereka khusus bagi negara-negara yang majoriti umatnya islam dan permainnya juga islam, sebagai contoh Malaysia untuk menegakkan syariat islam dalam hal sukan sekalipun?? Sudah nyatalah di dalam Al-Quran :
Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman : “Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [HR Baihaqi].
Amat menyedihkan umat islam kita sendiri terlalu leka dan fanatik dengan sukan ini. Bila ditanya berkenaan dengan nama pemain dan pasukan kegemaran masing-masing. Malam ke Subuh pun mereka sanggup bercerita. Tapi bila ditanya berkenaan kisah para nabi dan sahabat, mereka akan terpinga-pinga. Inilah hakikat yang terjadi di akhir zaman sekarang. Kepada peminat fanatik bola sepak diluar sana, jangan lah terus melenting tapi kaji dan fikirlah tentang hakikat sebenar yang melanda kalian dan seluruh umat islam sekarang.
**Gambar Hiasan
**Gambar Hiasan
1 comments:
Agen Bola Sbobet | Agen Judi Casino | Sabung Ayam Terpercaya
Mampir yuk gan di Bolacasino88.com
Pelayanan Yang Professional Dan Ramah
Di Jamin 100% Tidak Adanya BOT Dan ADMIN.
- Daftar GRATIS
- Minimal Deposit 20.000
- Minimal Withdraw 50.000
Dapatkan Hot Promo Yang Kami Berikan :
- Bonus Deposit 5000
- Bonus Refferal Seumur Hidup
- Bonus Sportsbook 100%
- Cashback Sportbook 5% - 15%
- Bonus Deposit Games 10%
- Cashback Games 5%
- Bonus Komisi Casino 0,8%
NB : Syarat Dan Ketentuan Berlaku
Nikmati 1 ID Untuk Semua Games Seperti :
- Sports
- Live Casino
- Togel
- Poker
- Slot Games
- Nomor
- Financial
- Sabung Ayam
Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
- Live Chat 24 Jam Online
- No Tlp ( +855962671826 )
- BBM ( 2BF2F87E )
- Yahoo ( cs_bolacasino88 )
- Skype ( bola casino88 )
- WhatsApp ( +855962671826 )
- Twitter ( @bolacasino88 )
- Instagram ( bolacasino88 )
Post a Comment