Jadikan IKTIBAR : BALA melanda Port Dickson
Segalanya yang berlaku adalah dari Allah S.W.T ( Kulkullum Mindillah ). Sebenarnya berita ini lewat saya terima, baru pagi Jumaat lepas..Pagi ini ambil masa sikit untuk share peristiwa yang berlaku di Port Dickson 30hb Julai yang lalu. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T dan juga salah satu peringatan kepada seluruh umat manusia yang masa untuk kita di bumi Allah ini tidak lagi lama.
Pada Sabtu yang lalu satu ribut yang begitu luar biasa telah melanda Port Dickson terutamanya sekitar Batu 4 dan Kem Tentera Pusasda. Pokok-pokok besar tumbang, banyak kereta yang remuk, kubah menara masjid jatuh dan pelbagai kemusnahan yang begitu dahsyat.
Apabila berlaku bencana besar kepada alam ini, pemusatan fikiran kita sepatutnya bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat tapi mestilah kepada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita perlu sentiasa sedar dan bermuhasabah diri, mengkaji dan memikirkan apa yang pernah berlaku pada zaman para Nabi dan para Rasul, apa punca Allah S.W.T menurunkan bala bencana dan malapetaka kepada kaum-kaum yang terdahulu.
Firman Allah S.W.T :
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.” (Al-Hud: 82)
Firman Allah S.W.T:
“Apabila Kami hendak memusnahkan sesuatu qaryah (kawasan yang di diami manusia), kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah (supaya taat kepada perintah Allah), lalu (sebaliknya) mereka fasiq. Maka mereka berhak ditimpa siksaan, lalu Kami (Allah) membinasakan mereka sebinasa-binasanya. (Al-Isra’:16)
Firman Allah S.W.T lagi:
“Takutlah oleh kamu akan fitnah (bala) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang membuat zalim di antara kamu.” (Al-Anfal: 25)
Firman Allah S.W.T dan lagi:
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid: 22-23)
Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar tempat kejadian..
Marilah kita sama-sama menjadikan musibah tersebut sebagai satu iktibar untuk kita memperbanyakkan lagi amal ibadah di bulan penuh barakah ini, banyakkan bertaubat. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Banyakkan Amar Maaruf, Nahi Munkar, menyeru kepada kebaikan, mencegah kejahatan dan kemungkaran.
Kita boleh mengatakan bencana alam yang berlaku sekarang ini adalah mukadimah kepada bala yang lebih besar. Tengok saja pada kehidupan sosial, ekonomi dan politik masa kini, semuanya menyeleweng, diseleweng dan menyimpang jauh dari landasan Islam. Gejala sosial seperti zina, maksiat, sumbang mahram dan akhirnya terjadi kes-kes buang bayi serta anak luar nikah seakan-akan menjadi kebiasaan. Setiap hari menjadi hiasan di dada akhbar. Riba pula semakin berleluasa. Kezaliman, penindasan dan pencerobohan berlaku di sana sini. Jenayah pembunuhan, kecurian dan ragut tidak lagi asing bagi kita. Saya sendiri takut hendak berada di kawasan yang jarang dikunjungi.
Bagi sesiapa yang mengiktikadkan dan mengatakan apa yang berlaku adalah fenomena alam semulajadi semata-mata, tiada kaitan dengan Kehendak dan Kuasa Allah, maka ia termasuk golongan yang syirik dan perlu cepat bertaubat.
Sungguhpun bencana yang berlaku di Port Dickson itu tidaklah sehebat Tsunami yang melanda di Acheh dan Jepun, juga tidak sehebat bala yang pernah menimpa kaum-kaum yang terdahulu, tapi diharap ia mampu menyedarkan masyarakat setempat. Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan. Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat.
Berlakunya setiap mala petaka adalah berpunca daripada dosa-dosa manusia sebagaimana firman Allah :“Maka Allah mengazabkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan mereka tidak mempunyai perlindungan dengan azab tersebut.” (Ghafir: 21). Jelaslah bahawa peraturan alam dan segala bencana yang terjadi adalah dalam Kuasa dan Ilmu Allah. Setiap musibah yang berlaku mempunyai sebab tertentu, antaranya :
1. Untuk menyedarkan manusia, bahawa mereka tidak mampu untuk menentang kekuasaan Allah S.W.T walau secanggih manapun teknologi dan kekuatan yang dimiliki.
2. Untuk menguji keimanan mereka yang beriman.
3. Untuk mengangkat darjat hamba disisi-Nya.
4. Untuk menghapuskan dosa orang mukmin.
5. Untuk menghukum kaum yang melampau batas.
Boleh rujuk posting saya yang lepas berkenaan hadith di bawah : http://marul-nashirassunnah.blogspot.com/2011/02/15-maksiat-yang-menurunkan-bala-jangan.html
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, (iaitu) :
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain” (Riwayat at-Tarmizi).
Wallahualam bish'awab..
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain” (Riwayat at-Tarmizi).
Wallahualam bish'awab..
4 comments:
assalamualaikum.
subhanaAllah.
Datang tanpa pesan. Tapi kita manusia selalu terlupa yang Dia maha melihat. Astaghfirullahalazim.
semoga kita dijauhi dan sentiasa dibawah keredhaannya. InshaAllah.
thanks for sharing. :)
waalaikumussalam sar...
Mari kita sama2 ambil iktibar dengan apa yang berlaku...Selagi masih ada masa dan pntu taubat belum tertutup...
welcome...:)
melihatnya sahaja sudah menakutkan....
agar sedikit tamparan dari Pencipta akan menyedarkan manusia agar kembali kepada jalanNya..
InsyaAllah Fuad...
Salam ramadhan..
p/s: lama xjumpa..
Post a Comment