HANTU TANPA KEPALA DI MASJID !!
Hantu tanpa kepala di masjid. Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid
ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang
asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa
kepala ni tipu. Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid,
tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya
lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat
Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala
ini tetapi tidak kepada kaum wanita.
Saya
sengaja re-post kisah ini di blog saya pula supaya menjadi peringatan kepada mereka yang terlupa dan saya percaya perkara ini masih terus berlaku hingga ke hari ini.
Ini
merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib
sedang membacakan khutbah Jumaat. Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata
yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Bila dah sedap tertidur
dan sekali-kali terjaga, lalu 'manusia tanpa kepala' ini akan mengangguk-anggukkan
kepala tanda faham khutbah yang dibacakan. Sudahlah tidur ketika khutbah, kemudian berpura-pura pula. Kamu cuba menipu orang disekeliling kamu tapi bolehkah menipu Allah S.W.T ?? Peringatan ini untuk kebaikkan. Bersama lah kita muhasabah dan koreksi diri, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat
supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di
masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment