AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

KADAR ZAKAT FITRAH 2012 / 1433 SELURUH MALAYSIA

Salamualaik...Sudah berlalu malam ke 11 ramadhan, Alhamdulillah..Di kesempatan ini saya mengingatkan kepada semua muslimat muslimat berkenaan dengan rukun islam kita yang ke-4 iaitu mengeluarkan zakat. Dengan berzakat, kita dapat mensucikan diri kita yang sedang berpuasa dan membantu 8 asnaf yang disebutkan di dalam al-quran.
 
Firman Allah yang bermaksud: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan berzakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah ; ayat 103)
 
Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan budak), orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Surah At-Taubah; ayat 60)

Daripada tafsiran ayat di atas ini menunjukkan terdapat lapan golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan).

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
 

 
Posted on 3:18 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin