AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

SEBAHAGIAN AYAT-AYAT RUQYAH SYAR'IYYAH

Berikut adalah senarai sebahagian ayat-ayat ruqyah syar'iyyah yang digunakan oleh perawat untuk merawat pesakit:

Ayat-ayat asas Ruqyah Syar'iyyah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq

Ayat-ayat Pembakar

1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22

Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44
Posted on 4:16 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERUBATLAH DENGAN AL-QURAN



Segala puji bagi Allah Rabbul Jalil, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dikirim dan dititipkan buat Insan Teragung, Rasulullah s.a.w, junjungan alam Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Karangan yang tidak seberapa ini adalah untuk mengajak sekalian umat untuk berfikir sejenak tentang mukjizat terbesar yakni Al-Quran Nur Karim yang diwahyukan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Perubatan Al-Quran dan terapi ayat-ayat suci Al-Quran sama ada ruqyah syar’iyyah, ayat-ayat syifa’ dan sebagainya  yang berkait dengan A-Quran adalah suatu yang berkait rapat dengan akidah. Ianya terangkum dalam salah satu rukun iman yakni kepercayaan dan kenyakinan kita kepada Al-Kitab, Al-Quran Nur Karim.

Firman Allah S.W.T :


Ertinya:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al-Isra’ : 82 )

Berdasarkan ayat di atas secara tidak langsung kita boleh memahami Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T secara berperingkat-peringkat itu ialah penyembuh dan rahmat yakni memberi kebaikkan kepada sesiapa sahaja yang beriman dengannya dan melaksanakan ajarannya.

Pembacaan atau pengunaan ayat-ayat tertentu dalam A-Quran untuk rawatan digunakan dengan membulatkan pergantungan kepada Allah S.W.T bahawa yang menyembuhkan adalah Allah Azza Wa Jalla.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah melafazkan bahawa “Siapa tidak dapat disembuh Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhkan oleh Allah.”

Merujuk kepada “Zaad Al-Ma’aad” susunan Ibnu Al-Qayyim, ‘Maka tiadalah suatu penyakit antara penyakit-penyakit hati (jiwa) dan penyakit-penyakit badan (fizikal) melainkan dia mendapatkan cara pengubatannya dalam Al-Quran, juga sebab atau punca penyakit dan cara memelihara daripadanya, iaitu bagi siapa yang dikurniakan Allah kefahaman dalam Kitab-Nya. Siapa yang tidak terubat dengan Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhi Allah dan siapa yang tidak berasa cukup (dengan perubatan) Al-Quran, maka tiadalah dia dicukupkan oleh Allah’.

Dalam erti kata lain, Al-Quran adalah merupakan awal dan kemuncak perubatan dan setiap insan yang mendakwa dirinya mukmin hendaklah mempercayai sepenuhnya kepada Al-Quran hinggalah kepada penyembuhan segala penyakit.
Posted on 12:44 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MENAIK TARAF BLOG

Assalamualaikum w.t.b...

Untuk makluman sahabat-sahabat dan pengunjung sekalian..

Blog ini akan diubah @ dinaiktaraf kepada blog 'RAWATAN AS - SUNNAH' yang sebelumnya dikenali sebagai 'Nashir As - Sunnah.

Tujuan perubahan nama dan naik taraf blog ini adalah untuk memberi tumpuan kepada bidang perubatan islam dan sebagai pemudahcara untuk mereka yang berhajat untuk mendapatkan rawatan.

Bertempat di Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. Hubungi / SMS " Nama, Tempat Tinggal dan Serba Ringkas Masalah " sekiranya memerlukan rawatan ke nombor 017-4150340.


Di sini disertakan url / alamat blog sedia ada :- 

                                       


Posted on 4:31 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAULID BULANAN - MAJLIS TAKLIM DARUL MURTADZA


TETAMU ISTIMEWA : GURU MULIA "AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD SALIM BEN HAFIDZ"

Posted on 9:51 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

15 HADITH MENGENAI KEUTAMAAN AL-QURAN


1. Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya." (Riwayat Muslim)

2. Dari Nawwas bin Sam'an ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di hari Akhirat kelak akan didatangkan Al Qur'an dan orang yang membaca dan mengamalkannya, didahului dengan surat Al Baqarah dan Surah Ali 'Imran, kedua-duanya menjadi hujjah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya."(Riwayat Muslim)

3. Dari Usman bin 'Affan ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya." (Riwayat Bukhari)

4. Dari Aisyah ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Orang yang membaca Al Qur'an dengan terbata-bata karena susah, akan mendapat dua pahala."(Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Dari Abu Musa Al Asy'ari ra. telah berkata: Rasulullah saw.bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur'an seperti buah Utrujjah (sejenis limau), baunya harum dan rasanya sedap. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah kurma, tidak ada baunya tapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur'an seperti Raihanah (jenis tumbuhan), baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah hanzhal (seperti buah pare), tidak berbau dan rasanya pahit.(Riwayat Bukhari & Muslim)

6. Dari Umar bin al Khatthab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur'an." (Riwayat Muslim)

7. Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi Muhammad saw. telah bersabda, "Tidak boleh iri kecuali pada dua perkara: Laki-laki yang dianugerahi (kefahaman yang sahih tentang) Al Qur'an sedang dia membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan laki-laki yang dianugerahi harta sedang dia menginfakkannya siang dan malam."(Riwayat Bukhari & Muslim)

8. Dari Barra' bin 'Azib ra. telah berkata: Seorang laki-laki membaca surat Al Kahfi dan di sisinya ada seekor kuda yang diikat dengan dua tali panjang, tiba-tiba ada awan melindunginya dan semakin mendekat dan kudanya menjauhinya. Pagi-paginya laki-laki itu mendatangi Nabi Muhammad saw. dan menceritakan peristiwa tersebut, maka beliau bersabda, "Itu adalah ketenangan yang turun karena Al Qur'an."(Riwayat Bukhari & Muslim)

9. Dari Ibnu 'Abbas ra. beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Qur'an laksana sebuah rumah yang runtuh." (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

10.Dari Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash ra. dari Nabi Muhammad saw. beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Qur'an: Baca, tingkatkan dan perindah bacaanmu sebagaimana kamu memperindah urusan di dunia, sesungguhnya kedudukanmu pada akhir ayat yang engkau baca."(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

11. Dari 'Uqbah Bin 'Amir ra. berkata; Rasulullah saw. keluar dan kami berada di beranda masjid. Beliau bersabda: "Siapakah di antara kalian yang tiap hari ingin pergi ke Buthan atau 'Aqiq dan kembali dengan membawa dua ekor unta yang gemuk sedang dia tidak melakukan dosa dan tidak memutuskan hubungan silaturahmi?" Kami menjawab, "Kami ingin ya Rasulullah" Lantas beliau bersabda, "Mengapa tidak pergi saja ke masjid; belajar atau membaca dua ayat Al Qur'an akan lebih baik baginya dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih baik dari tiga ekor unta, dan empat ayat lebih baik dari empat ekor unta, demikianlah seterusnya mengikuti hitungan unta."(Riwayat Muslim)

12. Dari Ibnu Mas'ud ra. bahawasanya Nabi Muhammad saw. bersabda, "Yang paling layak mengimami kaum dalam shalat adalah mereka yang paling fasih membaca Al Qur'an.(Riwayat Muslim)

13. Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawasnya; Ketika Nabi Muhammad saw. mengumpulkan dua mayat laki-laki diantara korban perang Uhud kemudian beliau bersabda, "Siapa diantara keduanya yang lebih banyak menghafal Al Qur'an?" dan ketika ditunjuk salah satunya beliau mendahulukannya untuk dimasukkan kedalam liang lahad.(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'i & Ibnu Majah)

14. Dari Imran bin Hushoin bahawa beliau melewati seseorang yang sedang membaca Al Qur'an kemudian dia berdoa kepada Allah lalu ia kembali membaca, lantas dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al Qur'an maka berdoalah kepada Allah dengan Al Qur'an karena sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Qur'an dan orang-orang berdo'a dengannya."(Riwayat Tirmizi, beliau berkata : Hadits ini hasan)

15. Dari Ibnu Mas'ud ra. ia berkata: Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud 'Alif, Laam, Miim' satu huruf, melainkan Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. (Riwayat Ad Darami dan Tirmizi, beliau berkata hadits ini hasan sahih)
Posted on 4:04 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KURSUS URAT SARAF DAN URUT


Assalamualaykum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh.

Di dalam urat adanya saraf. Pemilihan saraf yang betul dapat memulihkan urat yang bermasalah. Suatu gabungan keilmuan lama dan baru.

AlhamduLillah ala kulli hal, disini sebagai wakil pihak penganjur ingin memaklumkan 
pada 30 november 2013 dan 1 disember 2013(sabtu dan ahad) akan diadakan KURSUS URAT SARAF DAN URUT di zon selantan MASJID PANCHOR JAYA, SEREMBAN.

PENDAFTARAN: SMS Kursus Urut > Nama Penuh > No K/P> 0134421597 atau 0196508503 
PERTANYAAN : Hubungi 0134421597 Saudara Akmal atau 0196508503 Ustaz Bukhari 
YURAN:- RM 360(NOTA,SIJIL DAN JAMUAN)

** Diminta kepada para peserta kursus untuk bank in sebanyak rm 150 terlebih dahulu sebagai deposit dan sebagaipengesahan kehadiran dan baki dibayar secara tunai pada hari kursus berserta resit di akuan

maybank:- 1550 6916 8920
cimb:- 0504 0003 946 203
atas nama bukhari bin kadam

jika deposit telah dibayar sila sms pada ustaz bukhari KURSUS URUT <> NAMA (MMB/CIB) <> RM150 ( TARIKH DAN MASA )

Diantara pengisisan yang menarik:-
PENGISIAN KURSUS
HARI PERTAMA ( Teori & Kefahaman )
- Mengenal urat besar dan urat kecil
- Konsep bakat dan ilmu (seiring)
- Displin urut (sebelum, semasa, selepas)
- Teknik urutan (kaedah urut 7 & Kaedah urut 9)
- Kaedah mencari urat berpenyakit, urat bermasalah
- Teknik urutan masalah Lemah Tenaga batin (tanpa perlu mengurut alat sulit)
- Teknik asas urutan kepala
- Teknik asas urutan angin ahmar
- Teknik urutan terseliuh
- Teknik urutan pecah angin
- Teknik urutan mata
- Teknik urutan penyakit-penyakit asas
- Kaedah menghasilkan minyak urut
- Amalan-amalan khusus Urat Saraf

HARI kedua

Praktikal
Posted on 3:37 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERSAMA IMAM MUDA GAZA

Posted on 2:01 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS-SUNNAH - TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH

Posted on 8:29 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SHEIKH FATEH SEFERAGIC DI SENAWANG + IMAM MUDA ARAN + SEMINAR PUASA







Posted on 3:46 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

ISTIGHASAH AL-KUBRA

KINI TIBA GILIRAN NEGERI SEMBILAN...
JEMPUTAN MAJLIS ISTIGASAH AL-KUBRA..
18 APRIL 2013 : KHAMIS
BERSAMAAN 7 JAMADILAKHIR 1434H
MASA : 7.30 - 10.30 MALAM
TEMPAT : MASJID KARIAH PAROI JAYA

JOM BERAMAI-RAMAI !! TAK DATANG RUGI...
JANGAN LEPASKAN PELUANG MENJADI TETAMU ALLAH DI MAJLIS INI..


Posted on 12:33 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PENGERTIAN MADAD


Pengertian Madad


Suatu hari di majlis pengajian Sayyidi Syeikh Soleh Ja'fari Radhiallahu 'anhu di Masjid Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki tentang madad, ya syeikh telah menegah oleh guruku tentang berkata "madad ya Rasulullah", lalu jawab Syeikh Soleh :

Apa makna madad yang engkau faham ?

Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata engkau di hadapannya madad; maksudnya ajarkan aku.
Ketika engkau berkata kepada seorang wali, madad; maksudnya engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan.
Ketika engkau berkata juga, Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya engkau meminta ampun wahai pesuruh Allah.

Kesimpulannya

Kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.

Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya. Kita berkata Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya kita pohonkan dan panjatkan dengan shafa'at dan memohon ampun daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasllam. Dan perkara ini adalah harus.

Wallahu a'lam.

Rujukan :
1) Kitab al-Fatawa wal Ajwibah al-Ja'fariyyah
2) Majalah an-Nur al-Muhammadi
Posted on 10:44 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERSELAWATLAH...

Photo: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga” (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)

Sabda Nabi S.A.W. “Hinalah hiduP orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sabda Nabi S.A.W. “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

SOLLU ALA NABI...

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga” (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)

Sabda Nabi S.A.W. “Hinalah hiduP orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sabda Nabi S.A.W. “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

SOLLU ALA NABI...
Posted on 4:44 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

ISTIGHFAR


Rasulullah SAW saja yang sudah dijamin masuk syurga dan jauh dari dosa dan kemaksiatan, masih beristighfar 100x sehari sebagaimana tercatat dalam hadith:

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali”
(Hadis Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Demi Allah, sesungguhnya aku membaca istighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali setiap harinya. (HR. Bukhari)

Firman ALLAH S.W.T : “Berlumbalah kamu untuk mendapat KEAMPUNAN Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Mari kita beristighfar...
Posted on 4:59 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JADUAL SYEIKH NURUDDIN 21 MAC - 20 APRIL 2013


Posted on 2:08 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

INFAQ UNTUK MA'HAH TAHFIZ AL_QURAN NUSRATUL ULUM (MATAN)

Kalian hendak tahu fadhilat, rahsia dan nikmatnya bersedekah. Cuba dahulu! Mari bersama infaq sekurang kurangnya RM 10/ sebulan untuk Ma'had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum(MATAN).

BANK ISLAM [0705-2010-0077-94]
CIMB [0740-0000-6551-00]
MayBank [5573-2605-0364]

Sebarang Pertanyaan sila hubungi Ustaz Muhammad Nasir (Muallim Sufi Sunnah ) di talian 017-4555400

***DERMA KEPADA MATAN RM10 @ SEBANYAK YANG MAMPU SECARA BERTERUSAN SETIAP BULAN***

Share sebanyak yang mungkin..
InsyaAllah azam sekurang-kurangnya RM10/ SEBULAN.


Posted on 4:30 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SEMINAR ASAS KEWANGAN ISLAM

Posted on 10:35 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JADUAL KULIYAH MAC 2013 - UAI


Posted on 10:33 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

WAQAF SEBAGAI SAHAM AKHIRAT - SRII TAHFIZ DARUL ULUM


Posted on 3:58 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JEMPUTAN DAN SEBARKAN - MAULIDUR RASUL S.A.W & HAUL SHAYKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Posted on 2:30 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PROGRAM SAMBUTAN MAULID AL-RASUL 1434H - SEREMBAN,N.SEMBILAN


PROGRAM SAMBUTAN MAULID AL-RASUL 1434H

Masjid Qaryah Sikamat akan mengadakan Majlis Sambutan Maulid Al Rasul 1434H pada tarikh, masa dan hari seperti yang tercatat di bawab. Penceramah jemputan Al-Fadhil Ust Sheikh Mohamad Nuruddin Marbu Al-Banjari. 

TARIKH 

23 FEB 2013 (Sabtu)

MASA 

SELEPAS MAGHRIB

TEMPAT

MASJID QARYAH SIKAMAT

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Posted on 4:22 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KEUTAMAAN SOLAT MALAM ( QIYAMULAIL )



Allah Ta’ala berfirman:
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا


“Lambung-lambung mereka jauh dari pembaringan, karena mereka berdoa kepada Rabb mereka dalam keadaan takut dan berharap kepada-Nya.” (QS. As-Sajadah: 16)


Allah Ta’ala berfirman:

كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ. وَبِالأَسْحَارِهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohon ampunan di waktu sahur (menjelang fajar).” (QS. Adz-Dzariyat: 17-18)


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Seutama-utama puasa setelah ramadhan adalah puasa di bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah shalat wajib adalah shalat malam.” (HR. Muslim no. 1163)


Dari Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah radhiallahu anhuma mereka berkata: 

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ اسْتَيْقَظَ مِنْ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا كُتِبَا مِنْ الذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Barangsiapa yang bangun malam dan membangunkan istrinya kemudian mereka berdua melaksanakan shalat dua rakaat secara bersama, maka mereka berdua akan digolongkan ke dalam lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang banyak berzikir kepada Allah.” (HR. Abu Daud no. 1309, Ibnu Majah no. 1335, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Al-Misykah: 1/390)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ: عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

“Setan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian saat dia tidur dengan tiga tali ikatan, dimana pada tiap ikatan tersebut dia meletakkan godaan, “Kamu mempunyai malam yang sangat panjang maka tidurlah dengan nyenyak.” Jika dia bangun dan mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan, jika dia berwudhu maka lepaslah tali yang lainnya, dan jika dia mendirikan shalat maka lepaslah seluruh tali ikatannya sehingga pada pagi harinya dia akan merasakan semangat dan kesegaran yang menenteramkan jiwa. Namun bila dia tidak melakukan itu, maka pagi harinya jiwanya menjadi jelek dan menjadi malas beraktifitas”. (HR. Al-Bukhari no. 1142 dan Muslim no. 776)


Dari Jabir bin Abdillah dia berkata: 

Saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

“Sesungguhnya di waktu malam terdapat suatu saat, tidaklah seorang muslim mendapati saat itu, lalu dia memohon kebaikan kepada Allah ‘azza wajalla baik kebaikan dunia maupun akhirat, kecuali Allah akan memperkenankannya. Demikian itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Muslim no. 757)
Posted on 10:58 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAYUAN SUMBANGAN MUSIBAH


Infaqkan harta kita ke jalan Allah..Apalah sangat sumbangan kita jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan Nabi dan para sahabah menyebarkan agama islam sehingga kita semua dapat kenal agama ini. Bagi sesiapa yang sakit ada ahli keluarga yang sakit,bersedekahlah..kerana dengan bersedekah penyakit kita akan sembuh dengan izin Allah..

p/s: terbaca dekat paper td, maahad darul quran rusila ni tiada CF dan sijil dari bomba, padahal dah beroperasi lebih 30 tahun, jika lepas forensic tidak mematuhi itu semua,pihak maahad akan dibawa ke mahkamah.

Disebabkan ada maahad2 dan pondok2 macam ni lah lahirnya hafiz dan hafizah. Allah SWT turunkan lebih rahmat kepada penduduk sesebuah negeri itu. Mereka ditimpa musibah,kita bantu dan cari penyelesaiannya.Bukan bawak pergi mahkamah. Jika kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu.
Posted on 12:34 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

INFAQ BAGI PEMBINAAN SURAU ANNUR


Posted on 12:13 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

HEBAHAN : SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1434H


Posted on 8:20 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PETUA SENANG HATI


Posted on 11:06 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SALAM MAULIDUR RASUL


Posted on 4:35 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAJLIS MAULID AKHBAR

Posted on 2:20 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MARI INFAKKAN HARTA KE JALAN ALLAH S.W.T

Posted on 3:13 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin