AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli

Assalamualaikum...
Kira-kita dua minggu lalu, kecoh diperkatakan tentang seorang pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli berkahwin sejenis di Dublin.

Ramai yang terkejut dengan apa yang berlaku dan ramai juga yang marah. Sekiranya ada yang tak marah dan anggap ini perkara biasa, perlu cek iman anda. Selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran dari hati.

Baik, setelah dihubungi oleh IrishTimes, Ariff Alfian Rosli telah memberikan kenyataan bahawa agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak.

Kata Ariff :-

Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya.

Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.

Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini.

Arif tidak mahu langsung menjelaskan tentang kesahihan gambar kahwin sejenisnya yang telah tersebar luas.

Ulasan

Pertamanya, adakah disebabkan selera songsang Arif itu yang telah menyebabkan dia berselisih faham dengan ayahnya. Ayah mana yang tidak marah sekiranya anak mereka seorang gay ? Mungkin itulah sebab lewatnya laporan dibuat kepada pihak berkuasa kerana keluarga tidak mahu menanggung malu. Dan tiba-tiba, keluar gambar kahwinnya dengan pasangan sejenis. Pada saya ini bukan gimik 'dia' untuk menarik perhatian umum.

Sekiranya ianya gimik, si pelaku perlu bertaubat kerana telah menjadikan agama dan aqidah sebagai permainan. Ianya sangat bercanggah dengan perintah dan larangan agama, seperti firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 63 :-

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”

Ariff juga memberikan kenyataan bahawa agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak. Sama ada kenyataan Ariff ini menunjukkan dia menjadi hamba kepada hawa nafsunya ataupun Ariff tidak sempat belajar tentang haramnya hubungan sejenis.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Furqan ayat 43-44 :-

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)”

Tidak salah menuntut ilmu hatta ke negara China sekalipun, kerana Islam juga menyarankan ilmu dituntut hingga ke liang lahad. Tapi apa yang menjadi kesalahan bila meninggalkan  ilmu agama dari kehidupan. Agama itu ibarat penyuluh jalan dalam kegelapan, menjadi penyelesaian dalam apa jua permasalahan.

Semoga Ariff Alfian Rosli kembali ke pangkal jalan dan sempat bertaubat dari kesilapan yang dilakukannya. Allah S.W.T tidak pernah menzalimi hambaNya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.

Ingatlah Hadith Nabi Muhammad s.a.w, riwayat Ahmad No.3908 :- 

Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” 

Perbuatan gay, lesbians dan yang seangkatan dengannya, yang bersalahan dengan syariat islam akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T. dan ia bakal merosakkan seluruh keturunan manusia. Ittaqullah Ya Qaumal Muslimin...Ittqaullah...
Posted on 9:02 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

1 comments:

peRmaTa_ aGamA said... @ December 23, 2011 at 9:34 AM

sm0ga Allah melindungi hati dan iman kita semua dri segala maksiat dan kmungkaran..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin