AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Video Lagi Hudud Pas - Apa yang tak kena ?


Assalamualaikum w.t.b..

Pastinya ramai yang sudah menonton video pendek 'Lagi Hudud Pas' yang sekarang tersebar luas di alam maya. Maka, pelbagai pihak telah pun memberikan hujah dan pandangan mereka berkaitan isu video panas ini. Rasanya saya terpanggil untuk mengulas berkenaan isu ini kerana ia telah membabitkan hal-hal keagamaan.

Tujuan saya mengulas bukan untuk menghentam mana-mana parti politik yang sedang rancak berkempen memandangkan PRU 13 makin hampir tetapi adalah untuk memuhasabah pihak-pihak yang berkenaan. Drama pendek yang telah mengundang kebencian ramai ini menggunakan lima orang perlakon islam dan tiga bukan islam. Pelbagai isu dibangkitkan dalam video di atas antaranya kes HIV yang paling tinggi di Kelantan, ibu tunggal  yang paling ramai adalah di negeri itu dan umat islam paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat juga dari sana. Sekiranya statistik dan fakta ini sekadar fitnah dan rekaan untuk menjatuhkan sebelah pihak lainnya, diharap mereka yang menjaja cerita yang belum tentu kesahihannya ini muhasabah diri dan memohon keampunan dari Allah S.W.T.

Paling menyedihkan mereka berdialog dengan mempermainkan hududullah dan agama islam sendiri. Dialog 'Buat hudud pun tak jadi apa'  jika terapkan hudud 'makin teruk ada la' benar-benar menyanggahi firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Sepatutnya nikmat dan kemudahan yang Allah S.W.T kurniakan digunakan untuk meninggikan dan mempromosikan Islam tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Belum lagi dosa mereka menghina dan mencaci TGNA di tambah pula dengan fitnah liwat kepada DSAI. Dah cukup kah amal ibadat kita sampaikan sanggup menghina dan memfitnah orang ? Nak cari sumber rezeki pun mestilah dari sumber yang halal dan diberkati..Bukan begitu ?

Jelas sekali yang menghasilkan video pendek ini memang TIDAK FAHAM langsung dengan uqubat islam. Sesungguhnya hukum islam itu terdiri dari qisas, ta'zir, mukhalafat dan juga hudud. Sekiranya uqubat islam pun tidak jelas. Apatah lagi untuk memahami sistem muamalat islam yakni ekonomi, munakahat (sosiologi), jinayat (pentadbiran, siyasah) dan ibadat. Semuanya ini WAJIB diterapkan dalam setiap sisi kehidupan kerana islam itu agama yang syumul dan perlu dilaksanakan secara kaffah. Yakni barangsiapa yang menolak satu daripada ayat Allah, orang itu adalah kafir.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 208 berikut:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”

Allah S.W.T juga telah memberikan batasan kepada orang-orang yang merasa dirinya mukmin sebagaimana difirmankanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 36.
“Dan tidaklah pantas bagi laki-laki mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sungguh dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata.”

Dengan tersebarnya video ini, ditakuti orang bukan islam akan memandang negatif dan terus jauh dari islam. Umat islam yang sepatutnya bersatu untuk menegakkan hukum Allah telah terpisah jauh dan bercakaran sesama sendiri. Kesatuan di bawah satu fikrah dan thariqah langsung tidak ada. Inilah yang dikatakan ulama', golongan 'mujtahidun jahilun', mereka jahil tapi berbuat pandai. Bila murka Allah S.W.T itu datang, tiada siapa pun di muka bumi ini mampu mengelaknya.

Firman Allah S.W.T :-
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (Surah Ali’Imraan ayat 105)

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”. (Surah Ali’Imraan ayat 106)

Firman Allah lagi dalam Surah Ali' Imraan ayat 178 :-
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Seperti mana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ma'idah ayat 50 :-

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin”

Juga firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 63 :-
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”

Semoga mereka yang terlibat dalam permbuatan video ini secara langsung atau tidak bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T juga memohon kemaafan kepada siapa yang telah mereka aib dan hinakan di dalam video ini.
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah An-Nisaa’ ayat 18)

~ Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran ~
Posted on 4:36 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin