AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Tiada yang terkecuali dari hidayah Allah S.W.T termasuk artis...


Baru-baru ni hangat di alam maya dan blog-blog sahabat berkenaan artis Filipina yang terkenal, Queenie Padilla mendapat hidayah dari Allah S.W.T. Queenie merupakan anak perempuan kepada aktor terkenal Filipina, Robin Padilla. Sesungguhnya rahmat dan hidayah Allah S.W.T itu luas seperti lautan yang tidak bertepi. Sesiapa yang Allah S.W.T hendak berikan hidayah, maka tiada siapa mampu menghalangNya.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (Surah al-Qasas, 28:56)

Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara. Antaranya ialah melalui ilmu, sahabat yang soleh dan kesedaran untuk bertaubat. Maka itu semua memerlukan usaha. Hati perlulah sentiasa bersih dan siap sedia terbuka jika hidayah hendak diterima. Bahasa mudahnya jangan tutup pintu hati.

Firman Allah SWT: Pada hari itu (hari kiamat) sudah tidak berguna lagi harta benda dan anak-pinak kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih). (Al-Syuara: 88-89)

Quneenie bersama teman yang mendapat hidayah
Bagi artis-artis atau mereka yang belum diberi hidayah, InsyaAllah, nur islam itu akan datang jua. Tapi sebelum itu, pastikan 3 perkara ini di ambil perhatian.

1. Apabila ilmu Allah S.W.T itu datang, buka pintu hati kalian.
2. Jangan memisahkan diri dengan insan yang mengingatkan kita kepada Allah S.W.T. (juga kepada kebenaran).
3. Pabila gerak hati untuk bertaubat itu semakin kuat, teruskan dan jangan berpaling atau bertunda lagi.

Firman Allah S.W.T menegaskan: "Mereka itu sama sahaja kamu beri peringatan atau kamu tidak beri peringatan mereka tetap tidak mahu beriman." (Surah Yasin Ayat 10)

Sabda Rasulullah SAW: "Dosa itu ialah perasaan ragu-ragu dalam hatimu dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya." (Riwayat Muslim)
Posted on 3:49 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

3 comments:

fuad ansari said... @ December 1, 2011 at 6:18 PM

mahal nilai sebuah hidayah.. manusia boleh berubah 360 darjah...

apa2 pun, kita hanya berusaha atas hidayah.. yang memberinya tidak dapat dinafikan adalah Allah swt.. (",)

Kamarol Azli Bahari said... @ December 2, 2011 at 3:49 PM

sesiapa yang menghargai hidayah,mereka itulah org2 yg bersyukur...
so,jika ada yg berkata "aku belum dapat hidayah"...mereka seperti menyalahkan Allah S.W.T..padahal mereka tutup pintu hati mereka utk menerima kebenaran lantas terus hidup dalam kejahilan..fikir-fikirkan..

attie said... @ May 21, 2012 at 12:54 PM

YA ALLAH INDAHNYA IMAN

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin